9.5.12

Pengertian Hari Ibu...
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad ke-4 setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.   Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.   Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. 

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.   Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

9.4.12

Menjaga Hati Seseorang, Menjaga Hati Semua Orang.

Kita seringkali berada dalam keadaan membenarkan sesuatu yang kita rasa dalaman kita menyatakan yang ianya tidak benar, tidak selari dengan apa yang kita katakan. Tak berapa ramai orang yang berani menyuarakan kejujuran ini. Kebenaran adalah sesuatu yang menyakitkan. Dalam apa-apa situasi yang melibatkan 2 pihak, masing-masing berusaha untuk menjaga hati. Menjaga hati orang lain dan memuaskan hati sendiri adalah suatu yang berlawanan. Kita menjaga hati orang lain terlalu banya, kadang-kadang kepuasan yang kta terima akan menjadi rendah. Akhirnya, mencetuskan ketidak senangan yang membawa kepada makan hati.
Adakah kita semua tahu bahawa hati itu merupakan pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya.
Adakalanya kita menjadi si baik yang mengangguk saja kerana mahu berbaik-baik dengan semua orang. Bilakah masanya pula bagi mereka-mereka ini menjag ahati kita? Setiap kali hanya kita yang menjaga hati dan perasaan orang lain, bila kah masanya untuk kita membiarkan orang manjaga hati kita. Persoalan nya bilakah masanya?
Namun berapa ramaikah diantara mereka yang berani menyatakan tentang kejujuran? Kita sedar, bahawa kebenaran itu lah yang paling menyakitkan dari kata-kata yang berbau penipuan dan pembohongan. Ataupun kata-kata manis yang sering diungkapkan buat kita, walau hakikatnya kita sedar bahawa kata-kata manis itu hanya keseronokan sementara. Instant malah bersahaja. Sadarkah kita bahawa kita sebenarnya dahagakan kebenaran, tetapi kita takut pada kebenaran kerana kita tahu kebenaran itu memberikan satu impak besar dan implikasinya adalah sakit untuk kita terima.
Hati-hati lah kita dengan hati. Hati, perlu dijaga dengan baik kerana hati sering dikaitkan dengan perasaan. Namun bab menjaga hati orang lain memang sangat berat.

10.3.12

Asal usul Toyol.


Memang ia macam cerita karut tapi cerita ini bukan direka-reka. la betul-betul terjadi dan yang saya sedih ialah orang yang memelihara toyol itu adalah seorang Pak Aji. Toyol itu pula dia perolehi semasa mengerjakan haji di Mekah.
Kisah ini terjadi kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah kampung. Nama tempat dan nama negerinya tak payahlah saya sebutkan kerana mungkin boleh menimbulkan fitnah. Yang nak saya beritahu cuma jalan ceritanya sahaja supaya kita semua mendapat iktibar daripada apa yang berlaku kepada Pak Aji tersebut.
Pak Aji yang membawa balik toyol Mekah itu memang saya kenal sebab dia tinggal tidak jauh dari kampung saya. Tambahan pula saya selalu juga pergi ke kampung tersebut untuk berkunjung ke rumah saudara mara saya di situ. Jadi latar belakang dan kisah mengenainya memang sangat saya maklum.
Lelaki terbabit umurnya dalam lingkungan 50-an dan sudah punya keluarga. Kehidupannya tidaklah sesusah mana tapi agaknya kerana ingin cepat kaya, dia pergi ke Mekah dengan membawa niat yang buruk. Subhanallah… dia ke sana sebab nak cari toyol,
Bila sampai di Mekah, benda pertama yang lelaki itu cari bukannya haji mabrur, tapi besi tajam yang digunakan untuk mencucuk daging kebab. Besi itulah yang akan dipuja menjadi toyol. Tapi Mekah adalah tempat yang sangat makbul permintaan kita. Apa sahaja hajat kita, insya-Allah akan tercapai. Kalau kita nak baik, dapatlah yang baik dan kalau kita nak yang buruk, dapatlah yang buruk. Begitu juga lelaki tadi.
Setelah puas mencari ke sana ke mari, akhirnya lelaki itu berjaya membawa balik beberapa batang besi tersebut. Bila waktu berangkat pulang ke Malaysia, dia pun balik tapi bila sampai saja di rumah, dia pun mulakan perbuatan kejinya itu. Dengan menggunakan kebolehan dalam jampi serapah dan mentera, besi itu dipuja.
Saya difahamkan, besi kebab itu kemudiannya telah dipacakkan oleh lelaki tadi di empat penjuru kebunnya yang seluas dua ekar sebagai ‘pagar’. Akibatnya, sesiapa yang masuk ke kebunnya tanpa minta kebenaran habis dirasuk oleh penunggu kebunnya itu.
Sains memang tak terima kalau kita katakan ia berlaku kerana syaitan dan jin, tapi ini benda ghaib. Ini syaitan yang tak boleh diuji oleh sains. Ingatlah walau apa objek sekalipun, tak kiralah besi, pokok, kayu, batu atau apa saja, kalau kita puja dengan penuh keyakinan, syaitan atau jin akan datang.
Misalnya keris… macam mana ia boleh terbang? Tentulah sebab dipuja… sebab syaitan datang menjadi penunggunya dan terbangkan keris itu. Syaitan ini boleh menjelma dalam macam-macam bentuk. Dipuja, diasap dengan kemenyan maka datanglah ia. Begitu jugalah dengan besi kebab tadi.
Setelah ‘dipagar’ dengan besi kebab, kebun lelaki tadi yang biasanya boleh keluarkan hasil dalam RM2,000 hingga RM3,000 sahaja mula mengeluarkan hasil yang menakjubkan. Dengar cerita pernah dia dapat hasil sampai RM8,000 hingga RM10,000. Siapa yang kerjakan kebunnya? Wallahuallam.
Saya difahamkan, besi itu juga dipuja hingga menghadirkan toyol. Sejak itu banyaklah penduduk kampung tersebut mengadu kehilangan wang. Pantang malam, ada saja duit penduduk kampung yang kena curi. Kisah ini makin hangat dan setelah siasatan demi siasatan dibuat, dan dari cara kecurian itu berlaku, tahulah mereka ia berpunca dari perbuatan toyol.
Orang-orang yang ‘pandai’ dalam ilmu-ilmu ghaib juga berusaha mencari punca kejadian tersebut. Akhirnya mereka berjaya menemui jawapannya. Memang sah ia dilakukan oleh toyol dan pemilik toyol tersebut adalah rakan mereka sendiri. Begitu juga bagi mangsa toyol yang dibukakan hijab. Mereka nampak toyol itu sedang mencuri. Malah ada penduduk kampung yang nampak selepas mencuri, toyol tadi melarikan diri ke rumah lelaki berkenaan.
Sedang orang kampung gelisah dengan gangguan toyol, kehidupan lelaki terbabit semakin mewah. Wangnya makin banyak, hasil kebunnya pun makin menggalakkan. Tapi Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Harta yang didapati dengan cara yang diharamkan hanya akan membawa musibah. Apatah lagi jika bersahabat dengan syaitan.
Agaknya setelah hidup semakin mewah, lelaki tadi lupa atau mungkin juga tidak mahu menunaikan permintaan toyol belaannya. Dari apa yang kita tahu, permintaan toyol ialah menyusu, dari susu isteri lelaki tadi, dan juga darah yang disedut dari ibu jari kaki. Kalau dah minta selalu, tiap-tiap hari, tentulah tak tahan dibuatnya. Kerana kehendaknya tidak dipenuhi, maka toyol mula mengamuk dan mengganggu penduduk kampung.
Budak-budak lalu depan rumah lelaki tadi, kena usik toyol, kena rasuk. Mata terbeliak. Ipar saya juga pernah ternampak toyol itu. Kejadian tersebut berlaku pada satu pagi semasa dia nak menghantar anaknya pergi ke sekolah. Ketika itu si toyol sedang bertenggek di atas sebatang pokok.
Bukan dia saja, malah budak-budak yang lalu di kawasan berkenaan juga nampak toyol tersebut. Habis semua menjerit-jerit ketakutan. Ada juga kanak-kanak yang masuk tandas kena gigit kakinya dengan toyol. Budak-budak… bila sakit, takut, teruslah menangis.
Kejadian orang kampung, khususnya orang-orang alim, yang nampak toyol itu melarikan diri ke rumah lelaki tadi menguatkan lagi sangkaan mereka. Tapi orang kampung ni memang baik, ada sopan santun dan tolak ansurnya. Walaupun bukti sudah di depan mata, mereka tak pergi serang rumah lelaki tadi, tapi memulaukannya.
Apabila lelaki berkenaan mengadakan kenduri, orang kampung tak datang. Bila orang kampung buat kenduri, mereka tak jemput dia. Pendeknya ke mana saja dia pergi, orang akan menjauhinya. Malas nak bercampur dengan dia. Ketika itu lelaki berkenaan memang betul-betul tersisih. Hidup dengan dunia sendiri, dengan toyol, jin serta syaitan belaannya.
Apa yang dilakukan oleh lelaki tadi dan kekecohan yang melanda kampung berkenaan akhirnya sampai ke pengetahuan adik beradik dan saudara maranya. Apalagi… melentinglah mereka. Malu dengan perbuatan lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi abangnya yang memang terkenal dan punya kedudukan.
Kerana sudah tidak tertahan dengan perbuatan adiknya yang memalukan mereka, pada suatu hari si abang datang ke rumah adiknya itu. Bila sampai… teruklah lelaki berkenaan kena marah. Si abang mendesak adiknya itu supaya segera bertaubat, minta ampun kepada Allah, insaf dan pulangkan
balik besi kebab yang diambilnya dari Mekah untuk ‘memagar’ kawasan kebun dan dipuja hingga datang toyol.
Mula-mula memanglah lelaki tadi tak mahu dengar nasihat abangnya tetapi setelah puas dinasihati, akhirnya dia akui kesilapannya. Apatah lagi bila sedar masa itu kehidupannya walaupun mewah, tapi tidak bermakna sebab orang kampung pulaukan dia dan keluarganya. Tambahan pula dia memang ada asas agama serba sedikit,jadi terfikir juga dia akan kesilapannya itu.
Akhirnya lelaki itu balik ke pangkal jalan. Dia bawa balik besi kebab itu ke Mekah. Bertaubat bersungguh-sungguh di depan Kaabah, menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Alhamdulillah, selepas kembali dari Mekah, lelaki tersebut berubah. Kecurian akibat toyol atau orang dirasuk syaitan juga tidak berlaku lagi. Lelaki berkenaan pun sudah diterima balik oleh penduduk kampung.
Apa yang nak saya timbulkan di sini ialah, inilah kesan pengaruh harta yang buatkan kita lupa hingga sanggup menggunakan jalan yang salah. Tambahan pula bagi kita yang asas tauhidnya lemah. Lelaki tersebut agaknya dulu terpengaruh nak kaya cepat, jadi dia buatlah kerja guna toyol. Tuhan tak merestui. Tapi kaya pun nak buat apa kalau masyarakat tidak suka dengan kita.
Bagaimanapun, saya kecewa kerana kisah seperti ini masih berlaku lagi. Sampai sekarang masih ada jemaah haji yang bertanya kepada saya kat mana nak dapatkan cucuk sate di kota Mekah. Saya tau dah, kalau orang tanya pasal cucuk sate di Mekah memang dia nak buat ‘pagar’ kawasan kebun atau rumah mereka. Sambil-sambil itu mereka nak cari kekayaan. Cucuk sate itu walaupun cuma lidi, buluh, tapi kalau dipuja dengan penuh keyakinan, syaitan akan datang.
Mungkin ada yang beranggapan cerita ini karut, khurafat, tapi ingin saya tegaskan sekali lagi kejadian membawa toyol dari Mekah memang betul-betul terjadi. Dan saya rasa saya perlu ceritakan kisah ini supaya kita semua sedar bahawa itu adalah haram. Harta yang dikumpul dengan jalan haram akan dibalas juga oleh Allah dengan balasan yang buruk. Janganlah kerana harta dunia kita sanggup menjadi hamba kepada syaitan.

29.2.12

Mari mengenali apa itu Toyol.

Kebanyakan orang Melayu biasa mendengar perkataan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu. Ia juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit.
Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut Kamus Dewan definisi toyol adalah: “toyol ialah sejenis hantu yang suka mengganggu orang”. (Kamus Dewan, hlm: 1711, Kuala Lumpur, 2005)
Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, dia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping.
Sebab itu kita biasa dengar kalau ada yang hilang duit akan berkata: “Toyol manalah curi duit aku”. Maksudnya kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol.
Penggunaan toyol adalah kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang daripada ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.
Di sana terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan syarat-syarat itu adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir.
 
Antara syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol adalah:
 
Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
Bersikap cinta kepada harta benda.
Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
Rumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama.
Suasana rumah harus redup.
Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
 
Toyol tidak diperoleh dengan percuma. Malahan orang yang ingin memilikinya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya daripada orang  yang memuja jin kafir.
Toyol merupakan panggilan yang wujud dalam masyarakat Melayu sahaja dan tidak wujud dalam pemahaman bangsa-bangsa lain. Nama ini tidak wujud dalam al-Quran atau hadis-hadis, sama seperti perkataan hantu raya, polong, pelesit dan sebagainya.

Menurut pemahaman umum orang Melayu, perkataan “toyol” itu selalunya dirujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit. Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang.
 Penglibatan manusia dengan jin-jin boleh berlaku melalui menuntut ataupun dengan kaedah warisan (saka). Memang ada kaedah tuntutan khusus membolehkan seseorang itu berdampingan dengan makhluk-makhluk ini, iaitu melalui guru. Sesetengah orang mempelajari ilmu kebatinan, dengan bertapa dan sebagainya tetapi akhirnya didampingi oleh makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin. Hal demikian mungkin berlaku di luar pengetahuan orang berkenaan.
 Orang yang mendampingkan diri dengan makhluk-makhluk halus semata-mata melalui warisan ataupun didampingi dengan cara menuntut dan menurunkan ilmu yang dimiliki itu kepada waris berikutnya, maka ilmu itu juga termasuk dalam kategori saka.

28.2.12

Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

14.2.12

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

12.2.12

Kebenaran, pahit untuk diterima.

Assalamu ‘alaikum wa Rohmatullahi wa Barokatuh…
Sahabat, menyampaikan kebenaran itu memang terkadang menuai perasaan yang pahit. Tidak jarang kita kemudian disalah fahami, dan bahkan kemudian menimbulkan kerenggangan dalam hubungan silaturahmi. Walaupun kebenaran itu sudah kita sampaikan dengan lemah lembut dan secara persuasif, akan tetapi tetap efek “MENTAL SHOCK” itu pasti ada. Karena apa yang kita sampaikan berbenturan dengan nilai-nilai yang selama ini dia yakini. Dan itu adalah fenomena yang wajar terjadi. Dan Sebagai Da’i, kita harus siap menghadapinya.
Reaksi dari orang yang mengalami “Mental Shock” atau “psychological shock” itu bisa bermacam-macam, tergantung tingkat ketahanan dan kelenturan mental masing-masing individu. Shock ini menggambarkan kondisi resah atau merasa tidak menduga. Beberapa karakteristik yang ditampilkan dalam bentuk shock biasanya adalah reaksi-reaksi automatik dalam tubuh misalnya tiba-tiba kepala pusing, emosi yang meluap-luap dalam bentuk : menangis, marah, kecewa, sakit hati, dendam, tersinggung, dll. Tinggi rendahnya shock yang mungkin dialami oleh individu bisa berbeza-beza dan tergantung pada penerimaan individu itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...