29.2.12

Mari mengenali apa itu Toyol.

Kebanyakan orang Melayu biasa mendengar perkataan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu. Ia juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit.
Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut Kamus Dewan definisi toyol adalah: “toyol ialah sejenis hantu yang suka mengganggu orang”. (Kamus Dewan, hlm: 1711, Kuala Lumpur, 2005)
Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, dia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping.
Sebab itu kita biasa dengar kalau ada yang hilang duit akan berkata: “Toyol manalah curi duit aku”. Maksudnya kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol.
Penggunaan toyol adalah kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang daripada ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.
Di sana terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan syarat-syarat itu adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir.
 
Antara syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol adalah:
 
Tidak boleh mengamalkan ajaran agama.
Tidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan.
Bersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya.
Bersikap cinta kepada harta benda.
Menyediakan sajian untuk makanan toyol.
Rumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama.
Suasana rumah harus redup.
Sediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol.
Harus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil.
Harus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol.
 
Toyol tidak diperoleh dengan percuma. Malahan orang yang ingin memilikinya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya daripada orang  yang memuja jin kafir.
Toyol merupakan panggilan yang wujud dalam masyarakat Melayu sahaja dan tidak wujud dalam pemahaman bangsa-bangsa lain. Nama ini tidak wujud dalam al-Quran atau hadis-hadis, sama seperti perkataan hantu raya, polong, pelesit dan sebagainya.

Menurut pemahaman umum orang Melayu, perkataan “toyol” itu selalunya dirujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit. Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang.
 Penglibatan manusia dengan jin-jin boleh berlaku melalui menuntut ataupun dengan kaedah warisan (saka). Memang ada kaedah tuntutan khusus membolehkan seseorang itu berdampingan dengan makhluk-makhluk ini, iaitu melalui guru. Sesetengah orang mempelajari ilmu kebatinan, dengan bertapa dan sebagainya tetapi akhirnya didampingi oleh makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin. Hal demikian mungkin berlaku di luar pengetahuan orang berkenaan.
 Orang yang mendampingkan diri dengan makhluk-makhluk halus semata-mata melalui warisan ataupun didampingi dengan cara menuntut dan menurunkan ilmu yang dimiliki itu kepada waris berikutnya, maka ilmu itu juga termasuk dalam kategori saka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...