Pengertian Hari Ibu...
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan
sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad ke-4 setiap
Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau
Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan
atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai
penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada
Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam
tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan
bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan
keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan
dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk
bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap
ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan
tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini
disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai
kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara
mereka dari sebarang kecederaan.
Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara
kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan
mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal
1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan
telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR).
TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi
sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun
1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan
Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West
Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian
ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu
dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan
pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan
ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut
disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden
Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari
cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun
sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,
tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium
masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
No comments:
Post a Comment