29.12.11

Azam Tahun Baru.

Setiap kali menjelang penghujung bulan Disember, setiap kali itulah topik azam tahun baru akan dibicarakan. Ada yang berazam untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Ada juga yang berazam untuk membuat perubahan pada diri sendiri.  PERUBAHAN..?? Bergantung pada individu perubahan yang bagaimana dimaksudkan mereka. Perubahan drastik barangkali..!! Namun yang pasti, satu persoalan bermain difikiran. Azam tahun lepas apa cerita..??

Untuk berazam, sememangnya mudah. Semudah yang diperkatakan. Untuk memenuhi, mencapai matlamat azam tersebut, perlu ada pengorbanan. Bagi diri aku sendiri, bermacam azam telah aku tanamkan dalam diri. Bermacam harapan yang aku cuba semaikan. Bermacam pengorbanan telah aku korbankan. (mujur aku yang tak terkorban). Pendek kata ada yang membuahkan hasil, dan ada juga yang tak memberikan sebarang hasil. (pendek yang kata, panjang tak kata apa-apa pun).

Jatuh bangun aku dalam menjalani kehidupan ini, membuatkan aku letih untuk berazam lagi. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa aku mengharapkan diri aku sendiri membuat satu perubahan baru. Satu perubahan dalam sehari. Mampukah aku? Terdaya kah aku dengan perubahan tersebut? Mungkin dengan adanya semangat yang kuat untuk berubah, serta dorongan dari seseorang, InsyAllah aku mampu.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. Begitu juga aku. Impian untuk memiliki kebahagiaan dalam hidup, kejayaan dalam kerjaya, keberkatan dalam amal Ibadat. Setiap apa yang diimpikan sungguh indah. Mengharapkan mimpi jadi kenyataan. Semoga kepayahan, kesedihan, kedukaan selama ini menjadi lipatan sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Semoga aku dapat mencipta kehidupan yang baru. Hanya itulah azam tahun baru aku.

28.12.11

23 Tips Cinta Hebat Lelaki..

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Antara Tanda-Tanda Lelaki Cinta HEBAT ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA.. :)

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

27.12.11

Demi masa...

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)


Bercakap tentang umur,tahukah kita bila umur kita akan berakhir?adakah sebarang janji kita dengan Allah contohnya hingga pencen?oleh itu sahabat sekelian ingatlah bila2 saja kita akan meninggalkan dunia ini.

maka sama-samalah kita berusaha meningkatkan amalan untuk bekalan akhirat.jangan kita terlalu mengejar dunia,sibuk dgn urusan dunia hingga kadangkala kita leka dan lalai terutama untuk mengerjakan solat .ada yang memandang ini perkara remeh tapi sedarlah dalam azan telah disebut untuk menuju kejayaan maka tak lain tak bukan hanya melalui solat.
memang kita solat tetapi kita terlewat dan ada masa kita tertinggal kerana mesyuarat dan seumpamanya.Kemanisan solat akan dirasai apabila kita mendirikannya di awal waktu ….sama2lah kita semua cuba mengubahnya

25.12.11

6 Golongan wanita yang tidak sesuai dijadikan Isteri.

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni  tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayah depa.Issssshhh!!! Bahaya ni... Benda yang 18 tahun cerita negatif si suami, dia ingat tapi pasal 18 tahun punya budi yang disemai oleh si suami langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja terhegeh-hegeh dan tak cekap buat kerja, let's say, tukar lampin anak la, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain. Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap nak mamposssss...... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya........ Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Haaaaaa!!!?????

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak balun raya tempat sama. Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikutkan la kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami. Ye laaaa dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji. Bila pulang dari kerja, bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, depa cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak???" ... Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa sikit bangkang pun. 

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini idak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu.. Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat!!! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana gampang sekalipun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia. Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam lepak tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat. 

22.12.11

Bosan....

Bosan gila ialah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan diri aku untuk. Bosan sebab duduk rumah cuti ni. Cuti yang macam tak cuti. Pagi Khamis aku habis kerja shift malam aku. Setelah melelapkan mata, tau-tau dah petang. Dari petang masa akan bertukar malam. Dari malam akan menjadi pagi. Pagi Jumaat mula bekerja semula. Pergh...macam tak cuti jer rasanya kalau kerja overnite ni.

Beginilah bila hidup sendirian. Tiada sesiapa untuk menjadi pendengar yang sudi (Bukan pendengar yang setia...haahaa). Masa yang ada hanya ditempat kerja, pulang kerumah, mengadap peti televisyen (lama-lama dah nmpak mcm peti besi). Dan...tilam serta bantal. Celik mata, tiada sesiapa pun di sekeliling....mana pulak pergi manusia ni...(dah rasa mcm dlm citer I Am Legend lakonan Will Smith, tp Will Smith ada lah jugak bertemankan anjing).

Mencabar dan membosankan jugak 'ek nak menjalani hidup ni (sejak bila lak aku pandai guna sebutan 'ek' ?) Lantak dia lah....janji apa yang aku tahu sampai masa untuk kerja, aku tetap pergi kerja. Habis kerja balik rumah terus. Bukan suka-suka datang kerja, suka-suka ambik cuti, suka-suka datang lambat. Semua tu mambuatkan orang lain tertanya-tanya, ternanti-nanti, tertunggu-tunggu. Kadang-kadang kalau risaukan orang lain pun sakit jugak ati jadinya. So...aku buat hal aku jer lah dulu. Sampai masanya nanti, itu cerita lain. Apa cer...?? Kena tunggu lah. Aku sendiri pun tak dapat nak jangka kan lagi. Baik buruk segalanya di tangan Tuhan. Aku hanya mampu berusaha, menanti, dan mengharap.

Mengetahui Tingkat Kejujuran Wanita & Kebohongannya

Ada kalanya perempuan menyembunyikan sesuatu dari pasanganya. Walaupun kebohongan selalu memilki motif, berbohong tetaplah berbohong. Bagi yang berpasangan dan kerap kali menemui hal yang mencurigakan, boleh ikuti artikel ini untuk mengetahui kejujuran pasangan.

John DeVore, penulis 'Mind of Man' menuturkan sebenarnya lebih mudah mendeteksi kebohongan pada wanita, asal tahu tanda-tandanya. Berikut beberapa 'signal' kebohongan yang dapat diperhatikan dari gerak-gerik kaum hawa seperti dikutip dari Your Tango. Semoga bermanfaat

1. Bahasa tubuh menggoda
Saat seorang wanita ingin mengalihkan perhatian dari sesuatu, ia akan berubah menjadi lebih seksi dan menggoda pasangan. Tujuannya agar pasangan lupa.

2. Kejutan tidak menyenangkan
Jika tidak merasa menyukai hadiah atau melakukan sesuatu yang buruk, wanita akan mengganti rasa bersalahnya dengan sebuah kejutan. Memberi hadiah atau bunga tanpa alasan bisa menjadi barometer ada sesuatu yang ia sembunyikan.

3. Tanggapan yang berbeza
Apakah anda menanggani pertanyaan dan keingintahuan pasangan dengan santai atau sebaliknya? Penjelasan yang terbeza-beza atau emosional tanpa sebab mampu menjadi tanda-tanda sedang berbohong.

4. Bahasa terlalu formal
Anda menyatakan alasan kepada kekasih hampir seperti pada orang yang tak dikenal. Hati-hati, si dia mampu merasa pernyataan anda seperti pidato yang telah dipersiapkan dan sangat berhati-hati.

5. Menunjukkan sikap bermusuhan
Anda beremosi dan marah bila ditanya mengenai sesuatu menunjukkan sikap defensif. Jika benar-benar peduli, anda akan menghapus semua tuduhan itu dengan menjawab pertanyaan pasangan anda.

6. Bahasa tubuh
Gelisah, menghindari 'eye contact' dengan pasangan dan gerakan berulang-ulang adalah pertanda buruk wanita menyembunyikan sesuatu.

7. Selalu berbohong
Biasanya wanita hampir selalu berbohong kepada orang lain untuk kepentingannya sendiri. Jadi, bukan tidak mungkin pasangan juga menjadi salah seorang korban karakternya yang berkompromi terhadap kebohongan.

8. Menghilangkan 'detail' cerita
Wanita bercerita panjang lebar namun tidak menyertakan detail-detailnya. Seringkali dengan bahasa tubuh yang gugup.

9. Mengaku tak pernah memikirkan bekas kekasih
Dengan tegas wanita menolak ia masih mengingat bekas kekasihnya. Nyata si dia berbohong. Setiap wanita pasti pernah mengenang kehilangan cinta, meskipun hubungan yang sedang dijalani 'ok' saja.

10. Lelaki perlu dengarkan kata hati
Lelaki perlu mendengarkan naluri bila ada sesuatu yang mencurigakan. Lebih baik tanyakan pada wanita untuk menghindari paranoid. Namun, jika lelaki masih merasa sesuatu tak kena setelah mendengar penjelasan dari pihak wanita, kemungkinan besar memang ada sesuatu yang terjadi.

11. Ada ungkapan bahawa mata adalah jendela jiwa dan cerminan hati, hal itu tidak salah. Melalui gerakan bola mata ketika berbicara dapat diketahui seseorang bohong atau tidak. Jika anda melontarkan pertanyaan dan dia menjawab dengan pandangan bola mata cenderung kekiri maka kemungkinan besar dia berbohong. Tetapi jika dia banyak melihat kekanan maka dia jujur. Apabila dia melihat dengan pandangan kosong bererti dia sedang berhayal memikirkan jawapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...