Setiap kali menjelang penghujung bulan Disember, setiap kali itulah topik azam tahun baru akan dibicarakan. Ada yang berazam untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Ada juga yang berazam untuk membuat perubahan pada diri sendiri. PERUBAHAN..?? Bergantung pada individu perubahan yang bagaimana dimaksudkan mereka. Perubahan drastik barangkali..!! Namun yang pasti, satu persoalan bermain difikiran. Azam tahun lepas apa cerita..??
Untuk berazam, sememangnya mudah. Semudah yang diperkatakan. Untuk memenuhi, mencapai matlamat azam tersebut, perlu ada pengorbanan. Bagi diri aku sendiri, bermacam azam telah aku tanamkan dalam diri. Bermacam harapan yang aku cuba semaikan. Bermacam pengorbanan telah aku korbankan. (mujur aku yang tak terkorban). Pendek kata ada yang membuahkan hasil, dan ada juga yang tak memberikan sebarang hasil. (pendek yang kata, panjang tak kata apa-apa pun).
Jatuh bangun aku dalam menjalani kehidupan ini, membuatkan aku letih untuk berazam lagi. Boleh dikatakan setiap hari, setiap masa aku mengharapkan diri aku sendiri membuat satu perubahan baru. Satu perubahan dalam sehari. Mampukah aku? Terdaya kah aku dengan perubahan tersebut? Mungkin dengan adanya semangat yang kuat untuk berubah, serta dorongan dari seseorang, InsyAllah aku mampu.
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. Begitu juga aku. Impian untuk memiliki kebahagiaan dalam hidup, kejayaan dalam kerjaya, keberkatan dalam amal Ibadat. Setiap apa yang diimpikan sungguh indah. Mengharapkan mimpi jadi kenyataan. Semoga kepayahan, kesedihan, kedukaan selama ini menjadi lipatan sejarah yang tak mungkin berulang lagi. Semoga aku dapat mencipta kehidupan yang baru. Hanya itulah azam tahun baru aku.
No comments:
Post a Comment