2015 masih ada lagi 8 bulan untuk sampai ke penghujungnya.
Dan 2015 jugalah banyak memberi dugaan serta cabaran yang cukup kuat bagi aku.
Kesihatan, kewangan, kerjaya, keluarga, semua merasa tempias dugaan yang aku hadapi.
Kadang-kala, seseorang itu berjaya kerana musibah yang menimpa diri mereka. Takdir perjalanan hidup mereka mengubah diri mereka. Dari tak tahu apa-apa, kepada tahu macam-macam benda. Semangat macam nilah, tak kira apa status kita sekalipun, perlu ada.
Bukan senang nak jadi orang yang ada pendirian yang cukup kuat dalam menghadapi dugaan kehidupan. Bertahun-tahun usaha, tetapi gagal. Gagal dengan ujian dari Allah SWT. Allah SWT lorongkan jalan untuk berjaya dalam usaha. Tak kira bila-bila. Cuma kita yang perlu tekad dan usaha dalam meneruskan kehidupan.
Arwah pernah berpesan, perlu bina kehidupan sendiri. Perlu ada jati diri sendiri, kekuatan sendiri, sebab tidak selama-lamanya arwah akan sentiasa ada bersama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan bergantung harap pada harapan sahaja. Sementara masih bernyawa, kalau kita jujur, Allah SWT pasti akan bantu kita.
No comments:
Post a Comment