12.1.17


Ini lah kami.
Ada kala gembira, ada kala duka.
Namun yang pasti, setiap suka duka yang kami hadapi.....kami tempuhi bersama-sama. Dan selama-lamanya, InsyaAllah.







Kulijaya
January 12, 2017.

12.6.15

Selepas 7 Jun 2015
   Andai ku bertanya apa dan siapa diri ku ini. Tekadang aku bertanya pada hati ku yang paling dalam bahawa aku ini dimana, dimana aku akan pergi dan membawa segala persoalan yang ada dalam diri aku.
Dalam hidup aku, pada aku mereka adalah nyawa ku, kehidupan ku, kekuatan ku. Anak-anak ku, isteri ku, merekalah yang membuatkan aku masih terus hidup. Masih terus gagahi segala apa jua dugaan. Tanpa mereka, aku tak mampu untuk bertahan lebih lama. Tak mampu berusaha lebih gigih. Tak mempu meneruskan kehidupan ku sendiri.
   Apa yang aku inginkan, melihat anak-anakku terus menjalani kehidupan dimasa hadapan. Berdiri bersama-sama diantara mereka-mereka yang berjaya dalam kerjaya, dalam kehidupan, dalam keluarga.
Agar mereka mempunyai kehidupan yang senang, tiada kesusahan. Diredhai, diberkati, disenangi, Dan disayangi. Aku telah lalui pelbagai dalam kehidupan aku demi anak-anak ku....kuharap janganlah mereka turuti segala jejak langkah ku yang tidak elok, langkah mengharungi liku-liku yang amat perih. Bagi mereka, biarlah mereka dipermudahkan segalanya.
Amin, yarabbalalamin.

   But anak-anak ku & isteriku
- Saharnizan
- Norsharizal.
- Nurul Syamimi Umaira.
- Norhakim Mu'az.

Diawal bulan Jun 2015.
Kulaijaya, di rumah hinggap aku.
  Apa yang akan tiba bakal mencetuskan situasi yang belum pasti dapat aku teka.
Samada akan menjadi tegang, atau berlalu seperti hari-hari biasa..., masih belum ku tahu lagi.
Yang pasti, aku harus menghadapinya jua dengan cara apa sekalipun. Walau apa jua keputusan, haruslah aku terima & harus aku jalaninya jua.

Still Jun 2015.
  Hari aku semakin lama semakin tidak membuatkan aku tenang. Banyak hal yang bakal aku tempuh. Paling utama sekali hal wife aku. Hal ni dah pun smpai ke pengetahuan mak dia. So far....situation ok.
So next...hal preparation pulak. Memang tak banyak yang perlu aku sediakan. Just basic important things sahaja. Dari pengalaman yang lepas, sekarang dah boleh plan elok-elok nak prepare apa yang penting, apa yang perlu sahaja.
  Next thing plak...menunggu hari penting. Penantian sememangnya satu penyiksaan. Sementara dalam menunggu, menanti ni....,bila ada saja masa terluang....diisi dengan membuang masa sambil online sambil mencari apakah nama yang sesuai.

6 Jun 2015 nanti.....
  Aku akan membuatkan hari aku sibuk dengan urusan persiapan. Persiapan dalam menyediakan barangan keperluan yang penting2 sahaja dahulu. Namun dalam masa yang sama, hati aku ni sebenarnya makin berdebar kerana cuma tinggal 2 hari sahaja lagi. Dan yang pasti......
  `masa tetap akan terus melangkah kehadapan meneruskan kiraan detik & saatnya'.

#Penatian_satu_penyiksaan....!!!!



29.4.15

Berehat sertika. Jom kita baca sejarah.

KISAH BENAR BAKAL PENGANTIN 
Sama2 kita ambik iktibar & pengajaran... kisah seram ini berlaku kat Ampang... Ada seorang kawan ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja..
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.
Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. 
Nak dijadikan cerita, semasa mereka ini pergi membeli Kentucky kat Ampang Point si lelaki kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. 
Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.
Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku... akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya. 
Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... 
Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..
Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada... Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" 
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit pd kotoran dan tuang bakinya kdlm cucian dan ia akan hilang...err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai.....

Sekian.....wassalam....
Heeeeeeeeee......!!!!!!

15.4.15


"Qarun berkata: "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku". Tidakkah dia (Qarun) mengetshui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, umat-umat Yang telah lalu, mereka itu lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: " Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesubgguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik ". Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (diantara mereka): " Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar ". (Surah al-Qasas: 78-80).

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....syukur Alhamdulilah.... Allah itu Maha Besar dan Maha Luas Kuasanya. Setelah sekian lama bekerja, Alhamdulilah ada sahaja rezeki yang akan diberikan oleh-Nya sekiranya diperkenankan. Walaupun kerjaya yang tidak dianggap 'glamour' namun yang pasti aku masih mampu untuk memberikan nafkah dan juga keperluan buat keluarga. Walaupun tidak mewah namun mampu untuk mejalani kehidupan.
Rezeki Allah kepada hambaNya tidak pernah putus-putus.
Wassalam.

11.4.15



2015 telah pun sampai ke bulan April.
2015 masih ada lagi 8 bulan untuk sampai ke penghujungnya.
Dan 2015 jugalah banyak memberi dugaan serta cabaran yang cukup kuat bagi aku.

Kesihatan, kewangan, kerjaya, keluarga, semua merasa tempias dugaan yang aku hadapi.
Kadang-kala, seseorang itu berjaya kerana musibah yang menimpa diri mereka. Takdir perjalanan hidup mereka mengubah diri mereka. Dari tak tahu apa-apa, kepada tahu macam-macam benda. Semangat macam nilah, tak kira apa status kita sekalipun, perlu ada.

Bukan senang nak jadi orang yang ada pendirian yang cukup kuat dalam menghadapi dugaan kehidupan. Bertahun-tahun usaha, tetapi gagal. Gagal dengan ujian dari Allah SWT. Allah SWT lorongkan jalan untuk berjaya dalam usaha. Tak kira bila-bila. Cuma kita yang perlu tekad dan usaha dalam meneruskan kehidupan.

Arwah pernah berpesan, perlu bina kehidupan sendiri. Perlu ada jati diri sendiri, kekuatan sendiri, sebab tidak selama-lamanya arwah akan sentiasa ada bersama dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan bergantung harap pada harapan sahaja. Sementara masih bernyawa, kalau kita jujur, Allah SWT pasti akan bantu kita.


2016 telah pun bertukar kepada 2017.
Dan 2016  jugalah banyak memberi dugaan serta cabaran yang cukup kuat bagi aku.

Kesihatan, kewangan, kerjaya, keluarga, semua merasa tempias dugaan yang aku hadapi.


Kadang-kala, seseorang itu berjaya kerana musibah yang menimpa diri mereka. Takdir perjalanan hidup mereka mengubah diri mereka. Dari tak tahu apa-apa, kepada tahu macam-macam benda. Semangat macam nilah, tak kira apa status kita sekalipun, perlu ada.

Bukan senang nak jadi orang yang ada pendirian ini yang cukup kuat dalam menghadapi dugaan. Bertahun-tahun usaha, tetapi gagal. dengan ujian Allah SWT. 
Allah SWT lorongkan jalan pada aku menjadi seseorang yang sekarang. Sorang yang tekad dalam meneruskan kehidupan.

Arwah selalu pesan,  perlu bina kehidupan sendiri. Perlu ada jati diri sendiri, kekuatan sendiri, sebab tidak selama-lamanya arwah akan ada bersama aku. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan bergantung harap pada harapan sahaja, sementara masih bernyawa. Kalau kita jujur, Allah SWT pasti akan bantu kita. 


Sekadar renungan buat kita bersama.
Wassalam.
Kulaijaya January 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...