Kusutnya otak...
Aduuhhhhh.....
Bila terlintas je dalam kepala otak ni satu nama iaitu Insolvensi, mula lah tak senang duduk. Apa tidaknya. Banyak hal yang akan berkait, bersangkut paut nanti. Bukan memudahkan kerja atau hal. Tapi makin menyukarkan.
Dari setahun ke setahun, perjalanan urusan dalam segala hal seringkali tidak mudah. Tidak lancar. Akan ada sahaja sesuatu hal yang akan timbul menjadikan sebab atau musabab. Malah, untuk menjalani kehidupan normal juga terbatas, terhad. Setiap apa yang hendak dilakukan, perlu dirancang teliti. Baik buruk hasil setiap usaha, perlu dikaji, diteliti, diselidik, ditimbang dan perlu diambil kira bukan setakat untuk jangka masa terdekat tapi mesti melangkau jauh kehadapan.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi bumi dipijak, langit dijunjung, selagi tulang empat kerat masih mampu bergerak, dan selagi masih bernafas....yang pasti.....hidup mesti diteruskan jua.