Pejam celik pejam celik, dah bertahun kisah 'Cinta Tesco' aq bertahan. Pelbagai dugaan, rintangan dan halangan yang aq tempuhi.
Okay, bersambung pada post yg lepas...
Orang tua-tua pernah berkata, jangan kita terlalu membenci pada seseorang. Kerana, daripada benci itulah akan bertukar menjadi sayang. Orang yg selalu kita marah, sakit hati, benci, meluat, orang itulah nanti yang kita rindu. Bila dah rindu, mulalah timbul perasaan sayang. Dan orang tua-tua yang telah memberikan kata-kata itu pd aq adalah Puan Siti Rohani, ibu kandung ku sendiri. (aq 'terpaksa' akui kata-kata ibu ku. Hate to admit dat point, but It's true nothing just da truth).
Bila dah pandai bertukar-tukar nombor, bertanyakan id 'facebook', dengan secara tak langsung aq makin rajin on-line FB. Makin rajin pergi kerja, makin rajin buat kerja, tak disuruh OT pn aq sanggup buat OT. Nampak sangat yang "mamat" ni sedang cuba menarik perhatian seseorang.
Haa..haa..haa..
Mana boss aq tak sayang. Aq sendiri pun pelik dengan perubahan pada diri aq. Hanya kerana seorang perempuan, seorang lelaki boleh berubah mendadak. 'Totally insane'. Kuat betul yek penanggan seorang perempuan ni yek. Dalam aq sibuk bekerja, dalam masa yang sama aq pun sibuk 'usha' budak Inventory ni. Punya lah tekun bekerja, siap ada ura-ura nak 'offer' aq naik pangkat sebagai TL. Melampau benar wayang aq. Tapi semua itu tak lama. Bukan kerana apa, cuma ingin mengelak dari terikat kepada undang-undang Tesco yang tidak membolehkan pasangy yang mempunyai ikatan bekerja dibawah satu bumbung. Mereka harus dipisahkan berlainan 'store'. Itu yang tak berapa nak 'best' tu.
Well, di pendekkan cerita...di penghuhung tahun 2012, 'Kisah Cinta Tesco' telah mengakhiri perjalanan tahun tersebut dengan mengikat tali pertunangan.
Maka, bermulalah perjalanan hidup stage kedua...sebagai 'tunang'.
Jeng..jeng..jeng.. wahhh....ini lagi 'thrill', sbb orang kata dalam tengah bertunang ni, lagi banyak dugaan. Lagi banyak cabarannya. Entah lah. Wallahualam.
Kisah pertunangan kami tak lama...tak banyak cerita pun. Namun yang pasti halangan dan rintangan tu tetap ada. Tapi ada juga yang dipermudahkan jalan dalam menguruskan sesuatu hal dan perkara berkaitan.
Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi.
Yang pasti, setiap apa jua perkara mahupun masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Pasti ada jalan keluar. Yang penting, yakin, tetapkan hati, usaha, sabar dan tabah. Kalau nak diperkatakan tentang rintangan...memang banyak. Sebagai contoh, tentang kerja aq. Dalam masa setahun saja telah banyak kali aq bertukar kerja. Semuanya tidak sesuai hanya kerana alasan gaji yang tidak setimpal atau lebih tepat lagi gaji yang tidak mencukupi untuk aq menyimpan, menabung demi untuk cita-cita dan masa depan. InsyAllah.
Aq nak log out dah dulu. Nanti-nanti ada ler tu sambungannya. Harap-harap sempat aq tuliskan semuanya dalam blog aq sebelum 'memori' aq ni 'full'. <3