29.11.12


Cinta Tesco.


Cinta Tesco..?? Lain macam jer bunyi nyer. Hmmm ada lah ceritanyer tu. Bermula dengan perasaan benci, sakit ati, menyampah, sakit jiwa, semuanya ada. Sakit pulak ati kite. Lebih-lebih lagi kalau menyusah kan kerja aku.
Dari situ lah aku mula mengenali Si Dia. Memang dah macam anjing dengan kucing. Tapi anjing dengan kucing pun ada kalanya boleh jadi kamcing gak kan..?? Haa...so macam tu lah aku dengan dia. Dari awal perkenalan, tak boleh nak tengok muka masing-masing, tapi sekarang, dah tak boleh kalau tak nampak muka.
Orang tua-tua pernah berkata, jangan kita terlalu membenci pada seseorang kerana perasaan benci itu boleh bertukar menjadi sayang. Kini, Si Dia ini adalah seorang yang paling aku sayangi. Lebih dari aku menyayangi diri aku sendiri. Pada aku, dia lah segala-galanya. Dia lah pelengkap hidup ku. Pergh...ayat tak boleh bla.
Dan kini, aku telah memulakan "buku baru" aku. Dan aku mengharapkan buku baru aku ini hanya yang indah-indah belaka. Segala kepahitan, kesedihan akan ku tinggalkan jauh entah dimana. InsyaAllah.
2012, akan aku tinggal kan tak lama lagi dengan membawa bersama aku seseorang yang akan bergelar 'tunang'. Dan 2013 akan aku jalani dan tempuhi perjalanan hidup ini bersama seorang yang bergelar 'isteri' ku. Aku berdoa pada Illahi agar dipanjangkan umur, di murahkan rezeki, jodoh aku di berkati, dan di rahmati. InsyaAllah, Amin.

Shamsul Anuar Abd Latif & Saharnizan  Sahan
Cinta Tesco, Kulai.
2012

28.11.12

November 2012.
Kembali berpijak di bumi yang nyata

Setelah sekian lama menyepikan diri, meninggalkan blog yang dulunya beriya-riya sangat nak buat...kini aku ingin kembali aktif untuk meng"update" blog aku sendiri ini. Boleh dikatakan lama juga aku tidak mengadap internet, update semua facebook, blog, malah e-mail pun dah berlambak.

So aku harap, aku berkesempatan lah untuk meneruskan apa yang telah aku mulakan dengan tanpa hentinya. Blog ini juga boleh aku anggap sebagai diari dan kisah hidup aku tak kira sedih, gembira atau apa saja.

InsyAllah.
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...