9.4.12

Menjaga Hati Seseorang, Menjaga Hati Semua Orang.

Kita seringkali berada dalam keadaan membenarkan sesuatu yang kita rasa dalaman kita menyatakan yang ianya tidak benar, tidak selari dengan apa yang kita katakan. Tak berapa ramai orang yang berani menyuarakan kejujuran ini. Kebenaran adalah sesuatu yang menyakitkan. Dalam apa-apa situasi yang melibatkan 2 pihak, masing-masing berusaha untuk menjaga hati. Menjaga hati orang lain dan memuaskan hati sendiri adalah suatu yang berlawanan. Kita menjaga hati orang lain terlalu banya, kadang-kadang kepuasan yang kta terima akan menjadi rendah. Akhirnya, mencetuskan ketidak senangan yang membawa kepada makan hati.
Adakah kita semua tahu bahawa hati itu merupakan pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya.
Adakalanya kita menjadi si baik yang mengangguk saja kerana mahu berbaik-baik dengan semua orang. Bilakah masanya pula bagi mereka-mereka ini menjag ahati kita? Setiap kali hanya kita yang menjaga hati dan perasaan orang lain, bila kah masanya untuk kita membiarkan orang manjaga hati kita. Persoalan nya bilakah masanya?
Namun berapa ramaikah diantara mereka yang berani menyatakan tentang kejujuran? Kita sedar, bahawa kebenaran itu lah yang paling menyakitkan dari kata-kata yang berbau penipuan dan pembohongan. Ataupun kata-kata manis yang sering diungkapkan buat kita, walau hakikatnya kita sedar bahawa kata-kata manis itu hanya keseronokan sementara. Instant malah bersahaja. Sadarkah kita bahawa kita sebenarnya dahagakan kebenaran, tetapi kita takut pada kebenaran kerana kita tahu kebenaran itu memberikan satu impak besar dan implikasinya adalah sakit untuk kita terima.
Hati-hati lah kita dengan hati. Hati, perlu dijaga dengan baik kerana hati sering dikaitkan dengan perasaan. Namun bab menjaga hati orang lain memang sangat berat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...