27.1.11

Rich Dad Poor Dad

Cuaca mendung sejak kebelakangan, aktiviti yang terhad. Aku sedang meluangkan masa membaca & cuba memahami isi kandungan buku 'Rich Dad Poor Dad'. Ramai yang berkata buku tersebut bagus. Memberi pengajaran dalam bab kewangan, mendidik kita bagai mana untuk menguruskan kewangan. Pendek kata mengajar bagaimana nak jadi kaya. Huh, baru sekarang nak pikir nak jadi kaya. Baru nak pikir nak cari duit. Itu lah kata pepatah orang tua, dah terhantuk baru terngadah.
Ini yang sedang aku cuba fahami apa yg cuba disampaikan oleh penulis buku tersebut. Harap-harap aku dapat serba sedikit pengajaran.

26.1.11

Sesi pengelanan aku

     Toyol Nakal. Tentu ada yang tertanya mana datang nama tu. Sejarah nama Toyol Nakal dalam life aku bermula tahun 1995 lagi dimana aku bekerja di sebuah resort di Cherating, Pahang. Aku sendiri pun tak sangka boleh dapat kerja tu hanya dengan kelulusan aku yang cuma setakat sijil dari ITM.
Kerja yang aku masudkan adalah sebagai Night Auditor. Dah nama pun 'night auditor', kerja  yang semangnya hanya shift malam sahaja. Mengadap paperwork, mengadap hantu (tak face 2 face pun). Namun ada juga lah pengalaman disakat hantu. Mengira keuntungan sales ditempat kerja aku, meneliti paperwork budak-budak chashier. Dan night auditor juga lah nak run operation front office malam-malam buta. (sesetengah resort/hotel ada staff FO shift malam).
     Bila dah kata kerja malam ni, life of course lain dari orang. Time orang tido, aku kerja. Time orang kerja, aku tido. Nikmatnyer....! Itu yang membuatkan aku terlintas untuk me'nick'kan nama aku sebagai Toyol. Korang sendiri tau lah kan toyol tu apa kerjanya, bila masa aktivitinya. Cuma bezanya aku ni tak bertuan. 
Hmmm....'Nakal', nakal tu adalah sifat aku yang sememangnya nakal. Nakal yang macam mana? Kira nakal lah.
     Aku masih ingat lagi semasa aku bekerja di Cherating, tiap kali dah dekat nak hujung bulan jer aku nak kena jawap soalan cepu mas dari staf-staf kat situ. Bagi mana-mana night auditor yang berada di luar sana, tentu korang pun pernah dapat soalan mister ni..."point bulan ni berapa". Hanya night auditor saja yang dapat membuat tafsiran awal tentang perkara ni. Maklum lah, sales revenue report night auditor yang buat.
     Sedikit sebanyak, itu lah punca aku dapat nama Toyol Nakal. So simple but true. Namun perjalanan hidup aku bukan hanya sebagai night auditor. Life must go on.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...